Saturday, 30 November 2013

sahabat


assalamualaikum

rasa bosan harini ingat nak tidur tapi bila fikir2 balik aku nak update benda baru harini . harini nak cerita pasal memori sepanjang 2013 dengan kawan2 yang lain . sumpah wa rindu diorang semua . sejak cuti sekolah ni memang tak jumpa langsung . kalau nak jumpa pun bukak sekolah nanti . tak pun KALAU terserempak dekat mana2 kan . biasa nya kalau terserempak semua buat bodoh macam tak kenal je . hahaha diorang memang mcm tuh . kejam kan . aku jumpa kawan aku kat mana2 memang aku panggi nama dia siap ber hai2 . hahahaha . itulah aku .

aku rasa bersyukur sangat sebab ada kawan yang sama2 gila dengan aku , yang faham aku ,yang tau aku ni macam mana , apa yang aku suka , apa yang aku tak suka , aku ni orang yang macam mana . lagi satu , kiteorg semua tahu masing2 punya perangai , luar dalam kau . kawan yang memang paling2 rapat yaya , zauwin dengan mimi . kawan dengan yaya since form1 . zauwin dengan mimi since form 2 . bagi aku tuh dah cukup lama persahabatan kiteorg . even ada orang kawan sejak tadika .

kalau nak cerita satu2 punya perangai tuh memang panjang lah . aku buat karangan hantar dekat cikgu dah dapat full mark dah hahaha gurau2 . yang paling penting , aku dengan mimi memang agak cepat tersentap tapi sekejap je . lepastu dah bergelak sakan sama2 balik . masing2 mulut ada yang pedas . aku pun sama kadang2 tapi lepastu minta maaf lah balik kan . lagipun bergurau je kot bukannya serious .













tuh gambar dengan yaya , mimi and zauwin . byk lagi sebenarnya tapi takkan nak letak semua kan . banya kot . semua tuh masa 2013 .

semoga persahabatan kita akan kekal sampai bila2 , capai impian masing dan sebagainya . insyaAllah . Amin


luahan

Assalamualaikum

dah lama tak mengupdate blog sebab agak busy sikit walaupun dah cuti sekolah . mana tak nya ayah dah awal2 ckp tahun ni je aku boleh lepak2 depan tv sampai pukul 2 , 3 pagi . hah amik kau macam mana teruknya aku tengok tv . ayah ckp macam tuh sebab tahun depan nk SPM . SPM weh !!!! gila kau tak sangka aku tahun depan dah SPM pastu dah jadi senior kau . kalau orang ckp cam kalau jadi senior ni cam berlagak lah best lah . wak lu memang lah best kan sbb jadi senior so kau boleh lah nak ajet2 cam

"aku senior ."

padahal tahun depan SPM . tak sedar diri betul . mungkin betul lah orang ckp untung lah dah senior sebab senior yg sebelum ni semua dah blah dari sekolah . dia orang dah habis sekolah , dah habis SPM . dah boleh enjoy , cari kerja ,dapat duit sendiri perghhhh lagi untung dia orang . sementara nak tunggu result SPM keluar dia orang pun enjoy lah cari kerja apa semua kan . pastu mula lah berlagak 

"no more uniform school , homework apa semua"

tbh , memang aku jealous sebab dia orang semua dah habis sekolah yang kita orang semua duk pegi sekolah mcm biasa , buat homework . haihhh jealous . tapi nak buat macam mana dah belum habis sekolah lagi so , kena belajar lah kan . kalau nak berjaya kena lah berusaha .  serious aku risau gila sebab ni SPM bukan nya exam biasa je . tapi exam biasa pun kita kena buat metul2 . apatah lagi exam yg besar2 mcm SPM kan 

aku cuma harap yang aku akan lebih bersungguh2 , buat betul2 sebab taknak jadi macam PMR , UPSR yg dolu2 . yang leas memang lah lepas tapi kita kena lah amik pengajaran kan . so , kena buat betul2 lah . taknak hampakan harapan family semua yg nak tengok anak dia orang berjaya kan . kita pun mesti rasa cam happynyaaaaa kalau dapat result yang bagus . rasa macam nak menjerit2 dekar orang ramai yang aku berjaya . hahahaha 

kepada semua batch's 97 buat yang terbaik dan jadi pelajar yang cemerlang . insyaAllah . Amin . 

Thursday, 26 September 2013

exam , tension !!!

assalamualaikum

harini nak cerita pasal exam sejarah kertas 3 . macam nak tercabut tangan menjawab exam tadi . tak dapat bayangkan macam mana kalau sejarah kertas 3 tak boleh bukak buku . rasanya semua hantar kertas kosong je kot . banyak gila kena salin . sebab markah dia ada yang 15+15 =30 , 15 , 10 , 5 . so, isi pun kena banyak lah .

tulisan aku tak payah cerita lah . dari mula sampai habis tulisan teruk betul . nak kjar masa punya pasal . memang lah 3 jam . tapi 3 jam tuh tak cukup . ingat lagi masa exam midyear , masa dah nak habis lebih kurang lagi 10 minit nak habis , aku baru sampai soalan 7 daripada 8 soalan . apa lagi salin je lah ayat bulat2 tak buat huraian pun. nasib baik exam akhir tahun ni sempat buat  dalam setengah jam lagi nak habis masa , aku dah siap . tuh pun tak puasa hati lagi sebenarnya dengan apa yang aku tulis . macam tak cukup .

masa midyear jadi lambat sebab kiteorg kan baru first time jawab exam sejarah kertas 3 so , kalut lah masa nak jawab . tak tau macam mana nak jawab . pastu cikgu sejarah adalah masuk setiap kelas form4 bagithu macam mana cara jawab , nak cari jawapan macam mana , tuh yang lambat . sekarang dah tau macam mana so , takde lah kalut sangat .

cuma yang buat aku risau pasal exam sejarah kertas 2 . aku kalau bab2 sejarah ni memang otak semua dah blank  tak berfungsi . takut lah nak jawab nanti kertas 2 . dah lah SPM nanti sejarah wajib lulus + bm pun .
haihhh tension .

dengar cerita tahun 2016 bi pulak wajib lulus . hmm habislah . DENGAR CERITA LAH TAK TAU BETUL KE TAK .

lagi exam yang aku takut , exam ekonomi , maths , perdagangan , bi . alahaii tension ar cenggini . hmm . hari isnin ni exam agama pulak . sepatutnya lama lagi exam agama tapi diawalkan sebab apa entah . exam sejarah 3 pun diawalkan sebab cikgu eko bagithu pengetua tak nak membebankan cikgu nak menanda kertas. iyelah kertas sejarah 3 dah lah panjang lebih dari 3 kertas kot guna . mungkin ada yang guna sampai 5 .

nanti dah habis exam akhir tahun ada karnival apa entah dekat sekolah . hahhh pastu dah habis sekolah . tahun depan form 5 SPMMMMMMMM !!! benciiiiii .

hmm k lah sampai sini jelah nak cerita . cerita pasal exam je pun. takde benda lain .

Friday, 20 September 2013

luahan hati

Assalamualaikum

aku tak tau nak luah dekat mana , dekat sini pun aku rasa macam tak sesuai . tapi aku dah tak sanggup nak menahan lagi . macam mana perasaan korang bila orang yang kau sayang *tak termasuk crush , boyfriend* rahsiakan sesuatu dari kita. ok fine aku tak kisah kalau rahsiakan topik yang takde kena mengena dengan aku , tapi ni ada kena mengena dengan aku . macam mana aku tau ?? dari cara pun dah boleh nampak.

kadang2 aku rasa macam bila perlu datang dekat aku , bila tak diperlu buang aku macam tuh je . entah ingat aku entah tidak . hmmm sabar je lah wahai hati syafiqahhhhhh . rileks sudah macam tak biasa kan. 

rasa tenang sikit walaupun sikit sebab dah luahkan perasaan . haihhhhhhhhhhhhhhhhhhh . bila tengah termenung ke , berangan ke , tengah baca novel ke , tengah baring2 ke boleh lagi aku fikir apa benda yang tak betul yang ada dekat diri aku ni . hmmmm sedihhh nya macam ni . rasa macam nak menangis doh . pernah lah jugak aku menangis disebabkan benda alah ni . hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm 
k arh bye. ayat aku suka emo2 belaka hahahahahahaha . tak sabar nak tengok running man hehehehehehehe XD

nothing

assalamualaikum

dah lama tak update blog . last update 28 jan 2013. perghh lamanya. hmm tak tau nak tulis apa jusat nak cakap sekarang ni aku dah takdo crush !! *bangga* . lantak lah korang nak cakap apa pun. 

dekat sekolah bila nampak crush lalu depan mata pun jantung dah takda nak dupdapdupdap nya . kalau dulu nampak dari jauh pun rasa macacam nak lari lintang pukang. kalau dulu semua pasal dia kita nak amik tau . tapi sekarang dah tak dah . rasa malas lah . bukannya dia tau pun kita suka dia kan . hmmmmmm aku pun tak tau nak cakap pasal apa lagi dahh . k byeeeeeee .



Monday, 28 January 2013

tabung + duit



assalamualaikum 

harini nak cerita pasal duit ... duit , duit ,  dimana kau duit , duit duit hahhhh kau kan aku dah menyanyi hahahahaha . okay nak kumpul duit sebahagian dari azam 2013 ni . sepatutnya kumpul duit setiap tahun ni aku tahun ni hahahahaha . nak buat macam mana kan . terus terang aku ni boros sebab tu lah asal kumpul duit je tak sampai seminggu dah habis teruk kan . mungkin ada yg lagi teruk kot . tak sampai satu hari dah habis duit . mesti ada kan cuma taknak mengaku . salahkan  lah benda2 yang mengedik suruh aku beli haihhh hahaahaha . macam mana nak kumpul duit kalau macam tuh

act tahun ni aku main duit kutu so dapat lah jugak aku simpan duit . simpan duit ni bukan untuk kau nak beli apa yang kau nak , tapi untuk masa depan . macam mana ?? simpan lah duit dalam bank *itupun kena ajar ke* hahahahaha bila kau simpan duit beribu2 or berjuta2 dalam bank eh ?? bila kau susah , ataupun kau perlukan duit , kau boleh lah keluarkan duit . tapi jangan lupa belanja aku udahh lerrr . tak nak mahal2 tapi nak beg LV boleh ?? hahahah denand betul aku mintak yg mahal2 . nak beli beg LV belum mampu lagi kita bukannya kaya pun *ajet ajet sedih pulak* .. hahh dah lah . 

kalau ada keinginan , berusaha untuk dapatkan selagi kita mampu . InsyaAllah boleh Amin :)


2013

Assalamualaikum 

act nak cerita pasal tahun 2013 ni ahaksss . baru nak update sekarang . alaaa busy lah sbb tuh tak dapat nak update . hihihi . seriously rindu sangat2 dengan tahun 2012 , kelas 3 Resak . kelas 3 Resak memang best giler walaupun takda lah semua orang aku kenal . melayu je lah yg paling aku rapat . 

tahun ni memang sedih arh . tak sama kelas dgn WAKALAS . sedih wehhh . aku , zauwin , mimi sama kelas . miza dgn fairoze kelas lain . yaya pun kelas lain . aida pulak dah pindah . dia pindah dekat mana entah aku tak tahu pun *apa punya kawan lah tak tahu kawan pindah mana hahaha* . dalam kelas BARU ni boleh kira siapa yang aku kenal . ramai yang aku tak kenal . harap diorang semua okay lah kan . tak nak ada yang tak sporting , cepat tersentap bila orang bergurau . cuba rilekss . susah doh kalau orang yg mudah tersentap ni . tak tahu macam mana nak pujuk

kalau boleh tahun ni tak nak ada crush . EH?? hahahahahaha baru je patah hati dengan sorang mamat ni . dia dah couple weh . sedih arh tapi hidup harus diteruskan ecewahhhh gitu . 

cikgu tahun ni semua okay lah . cuma ada lah cikgu2 yang dia mengajar aku tak paham . kena buat revision dekat rumah . rajin2 baca buku jangan asyik online jerr . taknak benda yang dah lepas ulang balik . semua orang taknak benda yg lepas terjadi balik kan ?? so , kena perbaiki kelemahan diri , jadikan benda yang lepas sebagai pengajaran untuk kita dan berusaha , tawakal . wahhh dah macam ahli falsafah gitu ... 

aliran yang aku amik nak kata susah tak susah dan nak kata senang tak senang . maknanya tengah2 lah . kalau kau kata susah , memang selamanya akan susah lah kan . so tahun baru , azam baru InsyaAllah segala yang kita inginkan akan tercapai . tanpa usaha memang takkan jadi . samalah macam kau nak kumpul duit . kau nk beli something tapi kau takda duit , so kau pun kumpul duit banyak2 dan kau boleh lah beli apa yang kau nak tapi ..... teruskan kumpul duit jangan berhenti separuh jalan :) hahhhhhhh dah melencong ke duit pulak hahahahaha