assalamualaikum
harini nak cerita pasal exam sejarah kertas 3 . macam nak tercabut tangan menjawab exam tadi . tak dapat bayangkan macam mana kalau sejarah kertas 3 tak boleh bukak buku . rasanya semua hantar kertas kosong je kot . banyak gila kena salin . sebab markah dia ada yang 15+15 =30 , 15 , 10 , 5 . so, isi pun kena banyak lah .
tulisan aku tak payah cerita lah . dari mula sampai habis tulisan teruk betul . nak kjar masa punya pasal . memang lah 3 jam . tapi 3 jam tuh tak cukup . ingat lagi masa exam midyear , masa dah nak habis lebih kurang lagi 10 minit nak habis , aku baru sampai soalan 7 daripada 8 soalan . apa lagi salin je lah ayat bulat2 tak buat huraian pun. nasib baik exam akhir tahun ni sempat buat dalam setengah jam lagi nak habis masa , aku dah siap . tuh pun tak puasa hati lagi sebenarnya dengan apa yang aku tulis . macam tak cukup .
masa midyear jadi lambat sebab kiteorg kan baru first time jawab exam sejarah kertas 3 so , kalut lah masa nak jawab . tak tau macam mana nak jawab . pastu cikgu sejarah adalah masuk setiap kelas form4 bagithu macam mana cara jawab , nak cari jawapan macam mana , tuh yang lambat . sekarang dah tau macam mana so , takde lah kalut sangat .
cuma yang buat aku risau pasal exam sejarah kertas 2 . aku kalau bab2 sejarah ni memang otak semua dah blank tak berfungsi . takut lah nak jawab nanti kertas 2 . dah lah SPM nanti sejarah wajib lulus + bm pun .
haihhh tension .
dengar cerita tahun 2016 bi pulak wajib lulus . hmm habislah . DENGAR CERITA LAH TAK TAU BETUL KE TAK .
lagi exam yang aku takut , exam ekonomi , maths , perdagangan , bi . alahaii tension ar cenggini . hmm . hari isnin ni exam agama pulak . sepatutnya lama lagi exam agama tapi diawalkan sebab apa entah . exam sejarah 3 pun diawalkan sebab cikgu eko bagithu pengetua tak nak membebankan cikgu nak menanda kertas. iyelah kertas sejarah 3 dah lah panjang lebih dari 3 kertas kot guna . mungkin ada yang guna sampai 5 .
nanti dah habis exam akhir tahun ada karnival apa entah dekat sekolah . hahhh pastu dah habis sekolah . tahun depan form 5 SPMMMMMMMM !!! benciiiiii .
hmm k lah sampai sini jelah nak cerita . cerita pasal exam je pun. takde benda lain .
No comments:
Post a Comment